Saturday 4 August 2012

12.7.12

  1. Guru harus mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pelajar yang melanggar peraturan sekolah berdasarkan buku panduan tatacara disiplin sekolah. Bukan biarkan begitu sahaja tapan teguran atau tanpa nasihat atau tanpa bimbingan atau tanpa humkuman yang sepatutnya diambil. Tindakan yang sewajarnya harus diambil adalah tanggungjawap guru, tetapi elakkan ambil tindakan yang tidak sepatutnya misalnya cacian, cubit, tarik telinga, tampar, menjemu di bawa matahari, halau keluar daripada kelas, berdiri di atas kerusi, berdiri di luar kelas dan lain-lain yang tidak dibenarkan mengikut surat pekeliling ikhtisas. Guru sepatutnya menghukum/menasihati pelajar yang tidak mengikuti peraturan sekolah, tetapi adalah wajar guru menggunakan tatacara dan mengikut prosedur yang betul supaya tidak menimbulkan isu. Tindakan yang adil saksama harus diambil tanpa prejudis supaya tidak timbul rasa tidak puas hati pelajar dan ibubapa. Selain itu, elakkan tunjukan emosi guru yang tidak stabil di depan pelajar. Ini akan menakutkan pelajar dan memupuk pelajar ada unsur dendam. Dendaman ini akan menggagalkan matlamat sekolah untuk membina modal insan yang seimbang dari semua aspek.
  2. Program Guru Penyayang harus dilaksankan dengan sebaik-baiknya, supaya murid ada rasa guru mengambil tahu, mengambil berat dan sayang pada pelajar. Ini adalah salah satu cara menjalinkan hubungan yang baik antara guru dan murid. Saling menghormati antara guru dengan pelajar akan membantu kejayaan guru dlm P & P. Hubungan yang baik ini akan dapat dihargai oleh pelajar dan seterusnya suka mengikut P & P guru berkenaan. Hubungan yang baik bukan bermaksud tidak boleh mengambil tindakan tegas guru terhadap pelajar. Guru adalah contoh teladan kpd pelajar dan segala gerak geri guru sentiasa diberi perhatian oleh pelajar. 
  3.  Pada waktu sebelum sesi tamat P & P, pelajar harus diberi latihan sebagai pengukuhan, guru seharusnya meronda kelas dan memberi bimbingan atau pemulihan atau pengayaan kepada pelajar dan elakkan duduk buat kerja sendiri tanpa menghiraukan pelajar buat apa atau enggan menjawab/membantu pelajar meneyelesaikan masalah mereka. Pada sesi akhir ini, pelajar yang lemah amat perlu bimbingan dan dorongan guru. Bimbingan dan dorongan inilah akan menaikkan semangat pelajar ingin belajar , menyiapkan kerja rumah mengikut masa yang ditetapkan dan dapat meningkatkan pencapaian akdemik pelajar yg lemah. 
  4.  Adalah tangungjawab guru menyemak buku pelajar dengan teliti dan pastikan pelajar ada buat dan hantar tugasannya mengikut masa yang ditetapkan. Penyemakan buku dan serahan balik buku tugasan pelajar tepat pada masa adalah tanggungjawab sebagai seorang guru. Pembetulan perlu dibuat oleh pelajar dan guru harus memastikan pelajar melakukan pembetulan yang sepatutnya. 
  5.  Satu kad catatan pelajar yang tidak hantar kerja rumah , melanggar peraturan , penghargaan, pujian dan sebagainya akan diguna pakai. Dengan ini, guru ada maklumat tentang tingkah laku pelajar di sekolah. Seterusnya guru ada topik tertentu berbincang dengan ibubapa pada hari perjumpaan ibubapa. Malahan tidaklah timbul isu ibubapa datang ke sekolah semata-mata ambil buku laporan sahaja tanpa mengetahui perkembangan pelajar di sekolah.
  6. Post Mortem yang dibuat oleh guru bukan semata-mata masalah luaran sahaja yang bukan kawalan kita, guru harus mengkaji balik apakah yang kita boleh buat untuk membantu pelajar meningkatkan pencapaian akademik pelajar.
  7. Pada waktu sesi persekolahan bersurai, biarkan pelajar balik dulu. Elakakan kereta keluar bersama pelajar, keselamatan pelajar harus diutamakan. 
  8.  Hubungan yang baik antara rakan guru harus dipupuk. Penampilan guru dan tingkahlaku guru sentiasa diperhatikan oleh masyarakat. Hubungan kita dengan rakan sejawat, ibubapa dan masyarakat adalah berdasarkan saling hormat-menghormati antara satu sama lain secara ikhlas. Pandangan orang terhadap kita adalah berdasarkan apa yang kita lakukan. Buatlah refleksi kendiri sebelum menyalahkan orang lain.
  9. Jika kita ingin penghargaan, hargailah dan bersyukur kepada apa yang kita ada sekarang.
  10. Jika kita ingin ketenangan, tenangkan diri dulu.
  11. Gembirakan orang lain dulu akan dapat kegembiraan akhir nanti. 
  12.  Berikanlah apa yang kita boleh beri kepada orang lain dan bermaaf-maafan akan dapat kesenangan hati.