Saturday 4 August 2012

PERANAN GURU DALAM PELAKSANAAN KURIKULUM KBSR DARI ASPEK MENTAFSIR, MERANCANG, MENGUBAHSUAI DAN MENILAI.

Definasi
Guru adalah pejuang barisan hadapan dalam mendidik anak bangsa. Menjadi guru bukan setakat memegang suatu jawatan yang menjadi suatu profesian yang dihormati sejak zaman berzaman malah guru juga menjadi pencorak masa hadapan anak yang dididik, menentukan jenis insan yang dihasilkan dan bentuk bangsa yang dijelmakan (KPM,1990:157).
Pada asasnya tugas utama seorang pendidik (guru) ialah menyampaikan ilmu pengetahuan, memperkembangkan kemahiran dan membentuk budi pekerti atau akhlak murid. Di samping tugas tersebut guru juga berperanan sebagai perancang, pengurus (pengelola), pemudah cara (fasilitator), pembimbing (KPM, 1990:163), pentadbir, inavator dan penilai.
Mentafsir
Isi kandungan sesuatu kurikulum sekolah yang utamanya ialah bahan pelajaran. Tanpa bahan pelajaran yang bernas, kurikulum itu tidak berguna dan tidak bermakna. Maka pemilihan bahan pelajaran untuk membentuk sesuatu kurikulum yang berkesan merupakan tugas yang berat dan terpenting. Di antara kriteria untuk memilih bahan pelajaran supaya membentuk sesuatu kurikulum sekolah yang berkesan ialah :
  1. Ditinjau dari perspektif epistemology,bahan pelajaran hendaklah sesuai dengan prinsip keseriusan kognitif, iaitu bahan pelajaran yang hendak dipilih hendaklah sah dan tepat sekali tanpa sebarang tafsiran kekaburan dan keraguan.
  1. Ditinjau dari perspektif falsafah moral, bahan pelajaran hendaklah sesuai dengan criteria nilai moral, iaitu bahan pelajaran yang dipilih hendaklah mengutamakan unsure pendidikan yang dapat membantu pelajar memupuk nilai moral yang tinggi dan sesuai dengan kehendak masyarakat.
  1. Ditinjau dari perspektif perkembangan psikologi, bahan pelajaran hendaklah diorganisasi dan disusun mengikut turutan perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak iaitu bahan pelajaran yang dipilih untuk membentuk sesuatu kurikulum hendaklah distrukturkan daripada senang kepada sukar, mudah kepada kompleks, dekat kepada jauh dan daripada konkrit kepada abstrak, mengikut sekuen terhadap persekolahan yang sesuai serta system organisasi bahan tersendiri. Dengan perkataan lain, bahan pelajaran yang dipilih diedit dan disusun berlandaskan organisasi secara psikologikal, logical dan sistematik iaitu mengikut sekuen dan aturan bahan yang sesuai.
  1. Ditinjau dari perspektif ekonomi dan pragmatisme bahan pelajaran yang dipilih hendaklah berguna, sesuai dengan keperluan pelajar dan masyarakat. Dengan kata lain bahan pelajaran yang mempunyai nilai ekonomi dan praktikal atau berguna, ialah bahan pelajaran yang boleh membawa faedah untuk kehidupan dalam masyarakat, memanfaatkan pelajar daripada pemupukan nilai murni dan tingkah laku positif serta boleh menambahkan ilmu pengetahuan dan kemahiran khasnya teknologi maklumat masa kini.
Penelitian dan Pentafsiran sukatan Pelajaran
Sukatan pelajaran merupakan suatu rancangan pelajaran berkaitan dengan sesuatu mata pelajaran tertentu. Ia disediakan secara rasmi oleh Pussat Perkembangan Kurikulum, kementerian Pendidikan Malaysia. Sukatan pelajaran ini bisanya mengandungi beberapa perkara yang penting seperti unit pembelajaran, objektif dan kemahiran yang disususn mengikut tahap atau darjah (dalam kelas KBSR) atau tingkatan (dalam kelas KBSM). Semua perkara tersebut dihuraikan secara terperinci dalam sebuah Buku Panduan Khas untuk digunakan oleh guru sebagai panduan asas menyediakan rancangan kerjanya.
Untuk menyediakan suatu rancangan kerja yang berkesan, guru haruslah terlebih dahulu membaca dan mentafsir perkara yang penting seperti objektif, unit pembelajaran, kemahiran, strategi dan aktiviti pengajaran-pembelajaran serta bahan sumber yang ditetapkan bagi mata pelajaran berkenaan.
Sebagai contoh bagi seorang guru yang mengajar Bahasa Melayu KBSR, dia dikehendaki memahami objektif pelajaran yang perlu dicapai oleh murid-muridnya. Oleh itu dia hendaklah memahami objektif pelajaran Bahasa Melayu KBSR seperti yang dihuraikan seperti berikut:
  1. Menghargai dan membanggai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara dan alat perpaduan rakyat sesuai dengan semangatPrinsip-prinsip Rukun Negara.
  1. Mendengar dan memahami pertuturan dan siaran yang terdapat di dalam kehidupan seharian sama ada di dalam atau di luar sekolah.
  1. Bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan meggunakan bahasa yang sesuai di dalam berbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa dan sebagainya serta dalam majlis bahas, syarahan dan lain-lain.
  1. Membaca kuat dan senyap untuk memahami isi-isi bacaan yang sesuai dengan kematangan mereka dan menjadikanpembacaan sebagai satu kebiasaan dan amalan bagi mendapatkan pengetahuan dan hiburan.
  1. Menulis karangan dan surat kiriman yang tepat dengan maksud dan tajuknya serta memahami dan boleh mengisi boring-borang yang sesuai untuk keperluan seharian.
  1. Menggunakan Bahasa Melayu untuk mempelajari hal ehwal manusia dan alam sekelilingnya.
  1. Menggunakan Bahasa Melayu sebagai alat untuk meluaskan lagi pengetahuan dan pengalamannya.
  1. Menghargai karangan, korsa dan puisi.
Disamping itu guru harus membaca dan membuat pentafsiran terhadap kemahiran yang hendak di ajarnya dalam keseluruhan tahun untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang apa yang hendak diajarkan dalam tahun persekolahan itu.
Merancang
Perancangan kurikulum iaitu persediaan rancangan kerja merupakan suatu program yang disediakan oleh guru berdasarkan sukatan pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang akan diajarkan. Tujuan menyediakan rancanagan kerja ini guru boleh melaksanakan program pengajaran dan pembelajarannya yang berdasarkan sukatan pelajaran secara sistematik serta mengikut pemeringkatan yang sesuai.
Biasanya rancangan kerja meliputi rancangan kerja tahunan, rancangankerja penggal, rancangan kerja mingguan dan rancanagn kerja harian.
1. Rancangan kerja tahunan haruslah disediakan berdasarkan sukatan pelajaran keseluruhan tahun. Perkara penting seperti nombor rujukan sukatan pelajaran, objektif dan tajuk pelajaran hendaklah ditulis dalam rancangan kerja tahunan.
2. Rancangan kerja penggal haruslah disediakan berdasarkan rancangankerja tahunan. Semasa menyediakan rancangan kerja penggal, perkara berikut hendaklah dipertimbangkan :
· Rancangan kerja penggal harus mengandungi butir-butir penting seperti topik pelajaran, kemahiran, penerapan nilai serta strategi pengajaran dan pembelajaran.
· Rancangan mengajar penggal harus disediakan sebelum penggal itu dimulakan.
· Rancangan kerja itu hendaklah ditulis dengan ringkas tetapi jelas.
· Susunan unit pelajaran haruslah berdasarkan prinsip-prinsip mengajar iaitu pemeringkatan perkembangan mental atau fizikal pelajar, pengetahuan yang sedia ada serta kemahiran yang telah dikuasai. Biasanya susunan unit pelajaran dalam buku teks menjadi pertimbangan asas semasa merancang susunan unit pelajaran dalam buku teks menjadi pertimbangan asas semasa merancang susunanunit pelajaran untuk rancangan mengajar penggal.
3. Rancangan kerja mingguan haruslah disediakan berdasarkan kepada rancangan kerja penggal. Perkara-perkara penting seperti tingkatan, matapelajaran, topik, kemahiran dan penerapan nilai harus direkodkan rancangan kerja mingguan.
4. Rancangan kerja harian haruslah disediakan berdasasarkan rancangan kerja mingguan. Antara perkara yang harus diertimbangkan semasa menyediakan rancangan kerja harian ialahhari, tarikh, tingkatan, waktu pengajaran, isi pelajaran dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Isi pelajaran haruslah dipilih berdasarkan kepada topik yang disediakan dalam rancangan kerja mingguan. Manakala objektif pelajaran hendaklah ditentukan berdasarkan kepada kemahiran yang tercatat dalam rancangan kerja mingguan.
Perancangan Persediaan Mengajar Untuk Pelaksanaan Kurikulum
Dalam persediaan sesuatu pelajaran, guru perlu mengkaji sukatan pelajaran mata pelajaran bekenaan secara mendalam. Segala konsep dan kemahiran yang patut disampaikan kepada murid-murid perlu dikuasai sepenuhnya oleh guru sendiri. Guru kemudian harus menganalisis bahan pelajaran dan kemudian memilih, memeringkatkan serta menyusun aktiviti dan contoh yang sesuai untuk mencapai objektif pelajaran.
Alat-alat bantu mengajar yang sesuai dapat memudahkan pencapaian objektif pelajaran jika alat-alat itu digunakan dengan berkesan. Peruntukan masa untuk pelajaran itu perlu dibahagikan secara berpatutan supaya tiap-tiap langkah penyampaian boleh menjamin penglibatan murid-murid secara aktif serta menjalankan penilaian dan maklum balas. Segala pertimbangan dan perancangan perlu dibuat dalam bentuk bertulis.
Komponen-komponen Persediaan Mengajar
Pada umumnya persediaan mengajar mengandungi tiga komponen yang penting iaitu persediaan, penyampaian dan penutup. Rajah 1.1 menunjukkan komponen-komponen persediaan mengajar serta butir-butirnya dalam setiap komponen.
1. Persediaan
  • Butir-butir am
  • Pengetahuan lepas
  • Kemahiran
  • Objektif pelajaran
  • Penggabungjalinan
  • Sumber pengajaran-pembelajaran
  • Penerapan nilai
2. Penyampaian
a) Set induksi
b) Perkembangan
  • Perkembangan
  • Isi pelajaran
  • Kemahiran
  • Strategi pengajaran
  • Pembelajaran
  • Penerapan nilai
  • Penggunaan sumber
3. Penutup
· Jenis dan cara penutup
· Aktiviti susulan
· Penilaian objektif pelajaran
· Rumusan / Kesimpulan
· Pengubahsuaian
Komponen Persediaan
Komponen persediaan adalah bahagian pertama dalam sesuatu perancangan mengajar. Ia meliputi perkara-perkara seperti butir-butir am, pengetahuan lepas, objektif pelajaran, penggabungjalinan, sumber pengajaran –pembelajaran, kemahiran dan penerapan nilai.
Sebelum mengajar guru harus mengumpulkan maklumat tersebut supaya boleh merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan bermakna. Maklumat-maklumat ini sangat penting untuk membolehkan guru memilih dan menyediakan alat bantu mengajar yang sesuai, memperingkatkan isi pelajaran, menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kebolehan dan keperluan murid-murid.
Butir-butir am merangkumi aspek-aspek seperti penentuan kelas, waktu, tarikh, bilangan murid, mata pelajaran dan topic pelajaran. Ini sangat penting bagi guru mengetahui kelas dan topic pelajaran yang akan diajarnya. Maklumat-maklumat ini membolehkan guru memilih dan menyediakan bahan-bahan yang sesuai mengikut topic pelajaran serta keperluan kelasnya.
Pengetahuan lepas biasanya disebut sebagai pengetahuan sedia ada merujuk kepada tahap pengetahuan kebolehan atau pengalaman yang telah diperolehi oleh murid-murid sebelum sesuatu pengajaran dimulakan. Pengetahuan lepas adalah penting untuk membolehkan guru :
  1. Menetukan objektif pelajaran berdasrkankebolehan murid.
  1. Menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kebolehan murid.
  1. Memilih bahan yang sesuai mengikut kebolehan murid.
  1. Menghubungkaitkan pengetahuan lepas dengan set induksi.
Kemahiran merupakan aspek yang penting dalam hamper setiap mata pelajaran KBSR dan KBSM. Kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan sebagainya adalah diutamakan dalam sukatan pelajaran bagi mata pelajaran Bahasa dan Matematik. Murid-murid dikehendaki menguasai kemahiran asas untuk mempelajari bidang-bidang ilmu pengetahuan yang lain. Justeru itu adalah penting guru menentukan objektif pelajaran berdasarkan kemahiran yang dihuraikan dalam sukatan pelajaran yang berkenaan.
Objektif pelajaran ialah matlamat yang ditentukan berdasarkan kemahiran pelajaran supaya murid-murid dapat menguasainya selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pencapaian objektif pelajaran ini adalah dinilai daripada perubahan tingkah laku murid-murid melalui aktiviti pembelajaran mereka. Oleh itu objektif pelajaran ini adalah disebutkan sebagai objektif eksplisit.
Pemilihan dan Pemeringkatan Isi Pelajaran
Untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran dengan berkesan, isi pelajaran haruslah dipilih berdasarkan kepada minat dan kebolehan murid. Dengan kata lain isi pelajaran yang disampaikan hendaklah mudah difahami. Arasnya tidak terlalu tinggi atau terlalu sukar. Walaubagaimanapun murid akan beras bosan pula sekiranya aras isi pelajaran terlalu mudah dan tidak menarik dan mencabar. Apabila isi pelajaran telah dipertingkatkan mengikut suatu susunan yang sesuai maka aktiviti pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan dengan berkesan. Dengan adanya isi pelajaran yang terancang murid akan dapat mengikuti pelajaran mereka langkah demi langkah sehingga mencapai objektif pelajaran dengan sepenuhnya.
Penentuan Langkah-Langkah Pengajaran Dan Peruntukan Masa
Untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lancar, sistematik dan mengikut jadual, isi pelajaran yang telah dipilih dan disusun mengikut langkah-langkah yang sesuai hendaklah dikaitkan dengan masa yang diperuntukkan.
Dalam proses merancang sesuatu waktu pelajaran, guru harus mempertingkatkan beberapa langkah yang patut diperuntukkan bagi isi-isi pelajaran yang hendak disampaikan dan berapa banyak masa yang patut diperuntukkan bagi setiap langkah. Pada asasnya di dalam suatu waktu pelajaran yang memakan masa 30 minit perkara utama yang harus ada komponen penyampaian ialah set induksi, perkembangan dan penutup.
Pemilihan Strategi Pengajaran – Pembelajaran
Biasanya kaedah mengajar yang digunakan dalam sesuatu pelajaran melibatkan kaedah keseluruhan kelas, kumpulan, individu, inkuiri-penemuan, projek,prktik,penyelesaian massalah, induktif dan kaeadah deduktif. Manakala teknik mengajar pula merujuk kepada bercerita, bersyarah, berbincang, bersoal jawab, demonstrasi, main peranan, sosio-drama, permainan dan stimulasi.
Pemilihan Dan Penggunaan Sumber Pengajaran - Pembelajaran
  1. Pada asasnya sumber pengajaran –pembelajaran terdiri daripada tiga kategori utama iaitu :
  1. Bahan rujukan seperti sukatan pelajaran, buku panduan mengajar dan buku sumber.
  1. Bahan pengajaran seperti alat bantu mengajar untuk digunakan oleh guru semasa mengajar.
  1. Bahan pembelajaran seperti buku teks dan alat yang digunakan oleh murid untuk menjalankan aktiviti pembelajaran.
Mengubahsuai Dan Menilai
Mengikut kamus Randum House College, Inovasi bermakna memperkenalkan sesuatu yang baru, membawa perubahan terhadap sesuatu benda atau kaedah. Sebenarnya apa sahaja idea, amalan, kaedah atau teknologi yang dianggap baru oleh individu, kelompok atau masyarakat dikatakan inovasi.
Ini bermakna melalui daya kreatif guru pengubahsuaian strategi dan teknik mengajar akandapat dilakukan untuk menjadikan pengajaran lebih bermakna dan menarik.
Dalam konteks pendidikan, sebagai penilai, peranan guru merujuk kepada tindakan membuat pentafsiran terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara seperti kejituan, keberkesanan, kegunaan, penyeluruhan nilai, idea, kerja, penyelesaian, kaedah, bahan dan aktiviti akandipertimbangkan untuk beberapa tujuan tertentu.
Untuk menilai, guru akan menggunakan beberapa criteria dan standard tertentu. Penilaian dibuat untuk menilai sejauh mana sesuatu perkara itu tepat, berkesan atau memuaskan. Pertimbangan mungkin bersifat sama ada kuantitatif atau kualitatif.
Di samping itu aktiviti membuat rumusan atau kesimpulan juga boleh diadakan. Biasanya terdapat dua jenis kesimpulan yang digunakan untuk menutup sesuatu waktu pelajaran iaitu kesimpulan kognitif dan kesimpulan sosial. Kesimpulan kognitif merujuk kepada membuat rumusan dengan menghuraikan semula perkara-perkara utama yang telah dipelajari. Manakala kesimpulan sosial merujuk kepada aktiviti peneguhan dengan memberi pujian atau ulasan terhadap prestasi murid secara lisan atau bukan lisan.
Aktivit penilaian ini boleh dijalankan dengan cara pemerhatian terhadap aktiviti susulan, pemeriksaan kerja murid atau melalui satu ujian lisan atau tulisan. Maklumat yang didapati daripada pentafsiran penilaian itu akan menjadi asas untuk membuat pengubahsuaian terhadap persediaan mengajar selanjutnya.
Selain membantu guru mendapatkan maklumat mengenai kemajuan murid, penilaian bertindak sebagai satu cara memberi ganjaran kepada guru dan murid. Ganjaran bagi guru mungkin didapati dalam bentuk rasa kepuasan melihat murid mereka berjaya, manakala ganjaran kepada murid pula berupa pujian, hadiah dan juga motivasi untuk terus berusaha lagi.
Sebagai kesimpulannya peranan guru dapat digolongkan kepada tiga bahagian utama iaitu perancangan, perlaksanaan dan penilaian. Semasa membuat perancangan guru melaksanakan tugas seperti mendiagnos, menetapkan objektif pengajaran dan pembelajaran, memilih kaedah pengajaran, menyusun aktiviti dan memilih bahan pembelajaran. Perancangan ini akan dilaksanakan oleh guru dalam bilik darjah dengan peranannya sebagai pengajar, pemudah cara, pembimbing, pentadbir, perancang, pengelola dan innovator.